Kehidupan Selepas Stroke..
Inilah aku.. yang struggle menapak tak tih tak tih..yang tapak kakinya kebas diibaratkan memakai stokin berlapis-lapisan tanpa merasa sedikit pun sejuknya simen mozek masa tu..
sebelum menapak macam ni.. aku keluar hospital atas risiko sendiri..
sebabnya, saluran hati aku pangkalnya normal, hujungnya kecut.. aku taknak menyambung lagi masa di wad lagi.. cukupla endoskop untuk buang batu tersumbat dalam saluran hati aku ni dan kurangkan kuning bilirubin aku pun dah misi selesai.. taknak dah aku berpanjangan dalam wad..
Bayangkanla tengah strok masa dalam hospital ni, wayar air dripnya, atas katilnya, fisionya, urghh struggle gila masa tu..
Bila fisio, wayar air dripnya tu bergerak, jadinya tiub tu bercampur air dripnya dengan dar@h.. hmm..
Ok.. sebelum aku tak tih tak tih ni.. aku dah pergi ayah mat ketereh, pergi situ dulu masa lepas keluar hospital..
Aku ada ambil produk supplement yang lain masa ni.. tapi produk supplement tu berkesan untuk dalaman aku.. kiranya turunkan bacaan kuning bilirubin aku.. dan aku stop sebab mahal..
Bagi aku.. alhamdulillah..produk supplement tu berkesan tapi untuk menguatkan kaki aku serta saraf dalam badan, ia mengambil masa dan kos..
Oh ya.. dalam kitaran selepas video ni gak.. aku banyak buat senaman untuk pergerakan..dan frozen shoulder itu sangat tersangat sakit..
Bila masa sakitnya frozen shoulder? masa mandi air suam, dan pada masa tu kipas siling memusing untuk mengeringkan badan.. masa tu.. tangan membengkok mengerekot.. menggigil kerasnya tangan serta bahu.. sapu yoko2 pun tak lut..
Strength masa mula2 stroke ni.. tenaga strength ni 0%.. sebab lepas sedar dari ICU, aku kena cek macam2.. Ct-scan, MRI, EEG, ECG dan lain2..
Aku takda pendarahan otak.. takda pendarahan dalaman, jantung pun ok, semuanya alhamdulillah ok..
bersambung...
#strokerecovery
#fyp
#strokeawareness
#frozenshoulder
#staystrong
Comments
Post a Comment