Bermula langkah panjang untuk kali pertama selepas stroke..

 

1/6/2025

Masa ni aku dah tak tahan nak mencuba menunggang motosikal..
Masa ni tangan frozen shoulder aku agak kiat sikit.. tapi aku gagah gak sebab nak bagi renggang badan sebelah kiri ni..

80% masa ni tangan aku rasa kuat..dan strength dalam 30% macam tu.. tangan yang kuat belum tentu strength yang kuat..

Tangan kuat tu aku describe sebagai angkat turun angkat turun ja.. tapi strength nak pegang barang tu belum pulih secukupnya.. sebab melibatkan jari gak nak pegang benda berat.. jadi boleh ja aku pegang handling moto belah kiri.. syukur..

Fasa yang mencabar masa ni ialah.. haa.. nak angkat kaki melangkah naik.. nak letak kaki kedua belah antara brek dengan gear..

Sebelum start moto.. aku warm-up dulu.. pegang handling moto dua-dua belah tangan..buat latihan macam nak U-turn kanan dan kiri..

Sakit? Ya..masih kiat lagi.. tapi terpaksa tahan sakit sebab impian aku dah bermula langkah panjang..

Kalau nak dibandingkan moto dengan basikal, aku pilih motosikal.. sebab motosikal, pulas ja minyak, kawal handling, pastu maintain bagi tegak jalan..

Basikal? Pegang handling dua-dua belah, kaki kanan kena ready kat tapak kayuh, pastu kena seimbang badan, pastu kayuh pelan2..

Aku mulanya nak kayuh basikal.. tapi masa tu keseimbangan badan tak boleh kawal.. sebab masa tu jadi panik, jadi nak jatuh.. jadi nak sakit balik sebab krem (tarik mengkarung) bahagian bahu..

Aku tangguhkan la dulu nak naik basikal dari naik motosikal.. risau.. sakit boleh, jatuh depan rumah boleh, malu pun boleh.. berpakej-pakej..πŸ˜‚

Jadi..inilah hasilnya aku konsum produk supplement Dr.Miyu Rerun.. tanpa miss..

Aku pergi urut..pergi buat acupuncture..buat fisio dari rumah tengok dalam YouTube.. berulangkali urut & berulangkali fisio di rumah.. Alhamdulillah.. inilah hasilnya..

Aku sanggup buang duit banyak untuk "langkah panjang" macam ni sebab aku nak jadi normal seperti sediakala..

Ia tak semudah yang disangka..

Aku yang normal dulu..tak banyak kenangan gambaq.. sebabnya aku tak suka bergambaq..

Yang paling rugi masa normal.. aku boleh main ice-skating kat Mont Kiara & Sunway Pyramid.. ruginya aku sebab tak cipta kenangan bergambaq.. padahal aku tengok dalam YouTube ja cara main.. pastu cuba nasib pi kl balik hari masa cuti sabtu ahad dulu ni..😭
Aku harap boleh main balik ice-skating ni nanti.. 😒

Aku dah assign jadi despatch balik sepenuhnya bermula 2/6/2025.. semasa 1/1/2025.. aku jadi admin assistant..aku naik moto masa tu..ayah yang hantar..balik naik grab.. sekarang alhamdulillah.. seronok naik motosikal balik jadi despatch.. boleh buat latihan fisip atas moto masa lampu isyarat merah.. πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

Bagi aku.. stroke ni penyakit paling rugi nikmat.. rugi masa untuk melangkah jauh sebab terapi..tapi aku redha.. bukan tak bersyukur masa sihat..masa normal.. tapi inilah.. ujian dari-Nya..

Tabah masa stroke itu ujian..
Redha dalam stroke itu ujian..bila fasa stroke tak boleh berjalan.. duduk di rumah sendirian.. dalam waktu yang sama.. terlihat budak2 berlari.. berjalan.. melompat.. rasa macam kudrat ni perlu kuat dari rasa down.. sampai bila perlu bantuan orang lain?

Sekarang aku dah boleh melangkah jauh.. makan kena beringat.. kena jaga pemakanan.. setahun 365 hari.. aku dah lalui.. tapi di luar sana.. yang bertahun tahun lamanya jadi stroke.. aku tak dapat bayangkan perasaan diorang sehari-harian... Bersabarlah.. impian tu jadi kenyataan bila berusaha ke arah sihat..

Impian aku.. nak kembali sihat.. kembali normal.. kembali berlari..

Dan mahu kembali Sujud Dengan Seadanya Normal Pada-Nya... Pada-Mu aku berserah... Aminn...

Bersambung...
#strokeawareness
#stroke
#fyp
#dreamcometrue
#staystrong

Comments

Popular posts from this blog

Menapak Jalan Di Waktu Pagi

Kehidupan Sebelum Strok..